Friday, 13 January 2012

Sistem Saraan Baru

Salam, baru dapat berita kemungkinan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguh lagi. Kali nie kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, namun semua itu tertakluk kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Sistem+Saraan+Baru+Perkhidmatan+Awam+Ditangguh+lagi

Menurut berita yang aku baca tadi. Kemungkinan SBPA hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan awam. Namun sejauh mana kebenaran ini, tunggu je kenyataan rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam, yang kemungkinan akan diumumkan hari ini.

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.


0 comments:

Post a Comment

 

Kawan Blogger

Mengenai Saya

My photo
Salam, saya kemayo ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman hidup saya. harap anda semua sudi share dan komen blog saya ya. Terima kasih kepada semua reader saya :D

Diari Saya Copyright © 2009 Community is Designed by Bie