Sunday, 15 January 2012

SBPA Disemak Semula Secara Keseluruhan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula berdasarkan keseluruhan skim berkenaan.
Beliau berkata semakan semula itu akan turut mengambil kira pandangan pihak yang tidak berpuas hati.
“Kita tidak usah pre-empt (buat tindakan awal) dulu. Apa keputusan kita akan tengok semula, di mana kita akan tengok berdasarkan pada skim keseluruhannya dan kita akan mendengar kalau ada mana-mana pihak yang rasa tak puas hati.
“Sama ada jumlah kenaikan terlalu kecil atau ‘parity’(setara) dengan kumpulan terten- tu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di sini kelmarin.
Khamis lepas Najib mengumumkan SBPA akan disemak semula bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan meng- ambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
Pasukan itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April, untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.
Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sebanyak 600,000 penjawat awam sudah menandatangani surat tawaran skim SBPA sebelum ini.
Terdapat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.
Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

0 comments:

Post a Comment

 

Kawan Blogger

Mengenai Saya

My photo
Salam, saya kemayo ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman hidup saya. harap anda semua sudi share dan komen blog saya ya. Terima kasih kepada semua reader saya :D

Diari Saya Copyright © 2009 Community is Designed by Bie