ganda dari biasa bermula pukul 7 pagi, gara² perhimpunan Demo 901 Bebaskan Anwar Ibrahim disekitar Kuala Lumpur. Setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan notis di laman facebooknya menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan dijalan² tersebut.
Antara jalan² yang djangka terlibat adalah jalan² yang menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya. Jalan² yang di jangka terlibat dengan kesesakan ini ialah:
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching, Bulatan Segambut
3. Jalan Khidmat Usaha
4. Jalan Ibadah
5. Jalan Dutamas
6. Jalan Persiaran Dutamas
7. Jalan Hikmat Usaha.
Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan sokongan moral penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir untuk memberi sokongan sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkenaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Anastasyea : Agak² korang kalau keputusan nanti tidak menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah penyokongnya akan menerima keputusan tersebut dengan redha ataupun terus membuat demonstrasi sekitar Kuala Lumpur ?
Friday, 13 January 2012
Senarai Jalan Yang Dijangka Sesak
Author: Diari Kehidupan Saya
| Posted at: 03:15 |
Filed Under:
Politik
|

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment